Syarikat kami adalah syarikat percetakan dan menjual t-shirt muslim/ah. Indirectly, kami berpengalaman dalam printing dan design lebih dari 10 tahun. Dan kami mula membina sebuah syarikat pada tahun 2005 dengan sebuah nama iaitu kiwi design. Dan pada tahun 2010, kami membuat rebranding dengan imej baru iaitu "kejar pelangi" (o_0). Kami mempunyai kepakaran dalam percetakan baju, designing (apa-apa pun boleh) dan juga menjual produk baju muslim/ah. Nilailah sendiri kualiti dan kekreatifan syarikat kami untuk memberikan anda yang terbaik. Kami menjalankan prinsip "customer always right" dan akan cuba menjadi mesra pelanggan, jika tidak, boleh marah kami balik - adess (-_-) pasti akan berikan anda yang terbaik!. Kami berdiri sendiri dengan modal yang kecil dan cuba membesar dengan cepat. Doakan kami, untuk maju dalam bisnes. Terus berlari ! (^_^)/
2 comments:
subhanallah ya akhi. barakallahu fikum. tahniah!!!
teruslah berlari mengejar mimpi... eh! silap. kejar pelangi :)
mudah2an ALLAH memudahkan urusan.
majulah bisnes utk islam!!! caiyok!
huhu..syukran akh..
berbisnes agar bisa berdakwah~
doakan ana.
jom terus kejar.
(fuh penat dah)
Post a Comment